Jadilah seperti pelangi, walaupun berbeza warna tetapi perbezaan itulah yang menunjukkan keindahannya. Walaupun berbeza pendapat tetapi perbezaan itu umpama indahnya pelangi kerana berbeza warnanya. Biarlah hendaknya perbezaan pandangan dan pendapat itu diraikan, bukan dijadikan sebab untuk perbalahan. Sudah tentu, itulah yang paling penting buat kita yang bernama Mukmin dalam menonjolkan imej Islam agama yang indah dan memelihara kedamaian.