Firman Allah: "(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.'" (Al-Kahfi, 18: 10)
Tarbiyah Allah yang melahirkan pemuda-pemuda yang diceritakan di dalam al-Quran menggambarkan bahawa itulah tarbiyah yang sebenar. Begitu juga tarbiyah yang melahirkan remaja kental pada zaman Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam. Maka, kelompok pemuda dan remaja ini, bukanlah kelompok yang kita gambarkan sebagai hingusan dan tidak matang, sebaliknya, jika mereka ini dijaga sebaik-baiknya, maka akan menjadi generasi yang unggul pada masa hadapan.
Merujuk artikel sebelum ini, http://futuwwah-excel.blogspot.com/2013/01/tarbiyah-remaja-pembinaan-rijal-dakwah.html, Generasi Al-Kahfi ini mungkin akan dilihat sebagai golongan yang sedikit yang tidak punyai apa-apa, tapi kesannya pada tarbiyah, seluruh masyarakat beriman kepada Allah. Begitu jualah kisah Ashabul Ukhdud.
Mengambil maksud 'Kapsul' iaitu 'Kotak Kecil', maka, ianya ruangan kecil untuk mentarbiyah remaja-remaja menjadi Generasi Al-Kahfi. Kapsul inilah yang dipanggil Usrah atau Halaqah, ruangan untuk mentarbiyah jiwa-jiwa manusia untuk menjadi lebih baik, dan bagi remaja, ianya tidak terkecuali untuk memperolehi manfaatnya. Moga-moga Kapsul Al-Kahfi ini diberkati oleh Allah dan mengikut tarbiyah acuan dari Allah.