Sunday 19 February 2012

The Courage To Be The Best


Futuwwah Excel Training Centre adalah sebuah syarikat yang menjadikan Motivasi, Seminar dan Latihan Pembangunan Insan sebagai fokus utama dalam perniagaannya. Dengan moto "The Courage To Be The Best" menjadikan Futuwwah Excel Training Centre berusaha untuk menjadikan golongan pemuda pemudi berani untuk melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Golongan ini harus dibentuk sebaik-baiknya supaya mereka ini asyik dengan keimanan dan ketaqwaan dan berani meninggalkan apa yang diingini nafsu kerana Allah S.W.T. 

Justeru itu, Futuwwah Excel Training Centre mengambil pendekatan mendekati golongan remaja untuk memastikan mereka tetap berpegang teguh pada kebenaran dan menjauhi maksiat. Golongan yang telah tersasar dari landasan kebaikan haruslah didekati, diterima dan dibimbing kembali kepada kebaikan, bukannya menjauhkan diri dari mereka.

Dalam merealisasikan hasrat ini, pelbagai program telah ditawarkan oleh Futuwwah Excel Training Centre seperti Program Motivasi, Program Kepimpinan, Program Sains & Al-Quran dan Program Nuqaba'. Justeru itu, dengan diperkuatkan barisan fasilitator yang terdiri daripada golongan profesional dan mahasiswa/i dengan pelbagai latar belakang pendidikan, Futuwwah Excel Training Centre yakin dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam pembinaan sahsiah remaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga Futuwwah Excel Training Centre atau ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program yang ditawarkan boleh mengajukan persoalan melalui email futuwwah.excel@gmail.com.

No comments:

Post a Comment