Firman Allah: "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa." (Al-Baqarah, 2: 183)
Kebanyakan kita tahu dan sedar akan
hikmah-hikmah berpuasa. Di antara hikmah yang paling jelas ialah bagaimana kita
dapat merasai kesusahan dan kepenatan ketika berpuasa. Pastinya, kita mengenang
saudara-saudara kita di tempat lain yang mengalami kesusahan seperti di
Palestin, Syria, Iraq, Libya, Indonesia, Myanmar dan lain-lain lagi.
Ketika kita masih berupaya makan makanan yang enak-enak di rumah
ataupun memenuhi jemputan berbuka puasa di hotel dan restoran, sedangkan
saudara-saudara kita masih bertarung nyawa untuk mendapat sesuap nasi. Oh,
dunia...
Dalam firman Allah di atas, sebenarnya,
tujuan diwajibkan berpuasa adalah untuk menjadikan diri kita bertakwa.
Bersungguh-sungguh dalam berpuasa dan mengenang nasib saudara-saudara kita juga
adalah takwa. Dan itulah hikmahnya berpuasa. Sememangnya, kelaparan yang kita
alami sebenarnya jika dilihat di sebalik firman Allah ini, begitu manis,
semanis yang dialami orang yang bertahajud di waktu malam ketika yang lain
sedang nyenyak tidur. Juga, kemanisan yang ditunjukkan oleh seorang ibu yang
sanggup berlapar demi memastikan anak-anaknya tidak kelaparan. Alangkah indah
dan manisnnya berpuasa bagi orang yang betul-betul menghayati hikmah puasa itu
dan alangkah ruginya bagi golongan yang tidak berpuasa kerana pada dirinya
hanya memikirkan perut dan lapar diri sendiri sahaja.
Semoga Ramadhan kali ini menggamit diri
kita menjadi orang yang bertakwa dan mengambil berat di atas nasib
saudara-saudara kita di luar sana. Semoga kemanisan Ramadhan ini dipertemukan
oleh Allah lagi pada masa akan datang.
Hasil Nukilan,
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
No comments:
Post a Comment