Tarbiyah
Islamiyah adalah langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan keperibadian
yang teratur, terarah, sistematis dan terprogram secara berkesinambungan
sepanjang hayat. Program tarbiyah Islamiyah bertumpu pada dua manhaj sehingga
menjadi dapat menjadi program yang jelas iaitu manhaj 'ilmi (tu'allimuunal
kitaab) dan manhaj 'amali (tadrusuun) sebagaimana firman Allah:
"Jadilah kamu generasi Rabbani - yang sempurna iman
dan taqwanya, kerana kamu sentiasa mengajarkan kitab dan kerana kamu sentiasa
mempelajarinya." (Ali-Imran,
3: 79)
Generasi Rabbani
adalah generasi yang sentiasa melakukan tarbiyah sepanjang hidupnya. Bukan
sekadar mengaji dalam erti membaca al-Quran, tapi lebih dari sekadar itu. Ia
juga selalu menyampaikannya kepada orang lain, bahkan ia pun sentiasa
mempelajarinya. Sehingga generasi rabbani inilah yang dikatakan oleh Rasulullah
sebagai sebaik-baik manusia.
"Sebaik-baik
kalian adalah orang yang sentiasa mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya
kepada orang lain." (HR
Bukhari)
Jadi, generasi
rabbani secara automatiknya adalah generasi Al-Quran kerana akrab dengan
Al-Quran, menjadi pembelajar dan pengajarnya.
Generasi
Al-Quran ini disebut oleh Syed Qutub sebagai generasi unik, Jailul Qurani Al-Farid.
Mengapa? Kerana Al-Quran menjadi ruhnya. Al-Quran keperibadiannya. Al-Quran
sumber asasi hidupnya. Al-Quran pula yang merevolusi kehidupannya. Al-Quran akhlaknya.
Sebagaimana beliau ungkapkan dalam kitab Ma'alim Fith Thoriq (Petunjuk
Sepanjang Jalan). Maka, bila kekuatan Al-Quran telah menyatu dalam peribadi
muslim, maka ia akan menjadi peribadi yang unik dan dahsyat.
Generasi para
sahabat menjadi contoh yang terbaik di mana golongan ini diakui sebagai
generasi yang hebat dalam sejarah tamadun manusia. Apa rahsianya? Itulah
generasi Al-Quran. Generasi yang seterusnya yang membawa kegemilangan Islam
seperti Salahudin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh, juga merupakan generasi
Al-Quran yang hebat.
Islam hanya
bangkit apabila kita mencontohi dan menjejaki Generasi Al-Quran. Bukan
hanya tahu dan hafal temanya sahaja tapi perlu dihadam dan diredam agar ianya
benar-benar menjadi kenyataan.
Wallahua'lam
Rujukan: Quantum Tarbiyah, Solikhin Abu
Izzuddin, Bina Insani Press Solo, 2006.
Hasil Nukilan,
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
Hasil Nukilan,
Abu Hanifah bin Mohd Kamal
No comments:
Post a Comment