Ya, da’ie amoeba…
begitulah seorang da’ie disifatkan seperti amoeba yang kelihatan lembut serta
bentuknya yang menjijikkan. Maka ingin sekali saya suka kongsikan serba sedikit
tentang protozoa yang “menjijikkan” ini kepada semua…… maka bermulalah kisah….(shuuuu~~)
KETURUNAN AMOEBA
(ok ingat
salasilah benda ni…masuk kuiz ye, kuiz kehidupan>.<)
Asal usul amoeba
ini diambil sempena nama Amibe(Greek God Proteus), nama tuhan yang
mampu berubah bentuk mengikut keadaan. Disebabkan itu amoeba digelar “SHAPE
SHIFTER”(pengubah bentuk) Interesting bukan^^?? Secara terperinci
lagi bendalah ini merupakan ciptaan tuhan yang nampak biasa-biasa sahaja,
tetapi struktur badannya yang mempunyai pelbagai fungsi yang unik. Nak tahu
lebih lanjut?? KLIK SINUN>>>MuCus
{ANTARA DA’IE,
DAKWAH, TARBIYYAH DAN AMOEBA??}
(APA YANG AKU
DAPAT??...-__-‘) Baiklah rakan seperjuangan saya sekalian. Kalian harus sedar
itulah(amoeba) mencerminkan realiti masyarakat Islam seperti kita yang bergelar
DA’IE( CAPS LOCK HABISS) di mana agama Islam itu menjadi suatu agama yang asing
dalam kehidupan saya,aku,kau,dia,mereka dan kita. Maka benarlah sebagaimana
hadis Rasulullah(Allahumma solli ‘Ala Muhammad) dalam sabda baginda:
”Islam itu
datang sebagai berdagang dan kembali dalam keadaan berdagang.”
Akan tetapi,
seorang pendakwah perlu mengambil pengajaran daripada ciptaan Ilahi
ini(amoeba). Walaupun lembut macam “jelly”, kita lihat bagaimana makhluk ini
menghampiri sasarannya dengan “step by step”. Di sini kita dapat lihat apakah
method yang sesuai kita lakukan sepertimana amoeba ini boleh buat:
1)Amoeba:
Mula-mula sekali, langkah
meng “approach” pun
bermula. Secara perlahan ia menghampiri selari dengan pergerakannya yang tidak
terburu-buru untuk “NGAP” makanannye.
Da’ie:
Adalah perlu untuk kita
menyesuaikan diri dengan persekitaran serta kita bergantung pada
langkah kita menghampiri mereka. Bermula dengan siapa kita berkawan, bagaimana
keadaan di tempat kita berada tetapi jangan sesekali kita terpengaruh dengan
kawan yang kurang “sweet” akhlaknya. Kawan boleh, ikut?? NONONO.
2) Amoeba:
Bermulanya “enclosed”(mendekati).
sasarannye dilitupi apabila betul-betul berhampiran. Bukan secara drastic macam
makanan segere tetapi betertib(cewwaahh). Cuba tengok betul-betul gambar
ataupun video bagaimana “benda” ini lakukan^^.
Da’ie:
Maka permulaan yang baik untuk
“engulf” kawan atau rakan atau sahabat kita ini adalah dengan mengenali mereka,
memahami mereka atau “LISTEN TO THEM”. Ya, mendengar segala kisah mereka kerana
secara fitrahnya manusia ini ingin sekalai untuk didengari. So, LISTEN!!
Hehehe.
3) Amoeba( huh penat type
benda yang sama-_-‘…kuatkan HATI!!)
“Digest”(mencerna),
itulah langkah seterusnya yang dilakukan. Biar tiada satu habuk pun yang
tertinggal. Mencerna “makanannya” dengan enzyme yang wujud dalam badannya agar
tidak terlepas segala nutrisi yang ada.
Da’ie:
Ha apa lagi, “digest” la
sasaran anda!! Tetapi!! Gunakan enzyme yang ade dalam tubuh badan anda yang
anda telah peroleh(tarbiyyah,ilmu,amal) barulah dapat basuh sesental yang
boleh^^. Biarlah berhikmah kerana itu amat perlu.
4) Amoeba:
Yeay!! Last sekali, “secrete”(euww).
Jangan geli sangat sebab apa yang dilepaskan hasil pencernaan tadi amat berguna
kepada makhluk yang lain. Begitulah amoeba, sangat asing tetapi unik>.<.
Dai’e :
Sebagai seorang pendakwah
pula, kita akan merasai hasil tuaian setelah memenuhi langkah-langkah di
atas.Insyallah apa yang kita impikan dan kita laksanakan akan dirasai
bersama-sama masyarakat seperti setitik nila yang mampu merosakkan susu
sebelanga. Jangan jadi nila yang merosakkan susu tersebut tetapi jadilah gula
yang mampu memaniskan susu itu.
Sebagai pesanan untuk kita
renungi, Allah telah befirman:
“Pantaskah aku mencari
hakim selain Allah, padahal Dialah yang menurunkan kitab(Al-Qur’an) kepadamu secara
terperinci? Orang-orang yang telah Kami berikan kitab mengetahui
bahawa (Al-Qur’an) itu diturunkan oleh Tuhanmu dengan benar. Maka janganlah
kamu termasuk orang-orang yang ragu”(Al-An'am,6:114).
Kesimpulannya seorang da’ie
jangan berasa ragu-ragu dengan apa yang disampaikan. Dan sebaik-baik
penyelesaian adalah dengan merujuk kepada Al-Qur’an itu sendiri serta
penyampaiannya pula perlu berhikmah(kebijaksanaan)
kerana hikmah itu lebih tinggi daripada ketinggian ilmu(kalau ilmu tinggi tapi
tidak digunakan secara berhikmah maka sia-sia ilmu yang dipelajari). Bahkan
salah seorang daripada Khulafa’ Ar-Rasyideen saidina Umar Al-khattab sendiri
sentiasa merujuk semula kepada kitab yang diturunkan dan tiada cacat cela
padanya. Bukan baginda sahaja malah sahabat-sahabat yang lain juga menjadikan
ayat Allah ini bukan sekadar rujukan tetapi sebagai pembidas hujah-hujah yang
dileparkan oleh kaum musyrikin.
Dai’e=Amoeba….setuju^^??
Sama-sama tengok diri sendiri, lembut tak... ~FASTABIQUL KHAIRAT~
Wallahua’lam
KUIZ: DARE
TO CHANGE??
Hasil Nukilan,
Mohd Saiful Iman bin Nor Mohd Zulkarnain
No comments:
Post a Comment