Nabi Muhammad s.a.w sedang bermesyuarat dengan para sahabat ketika
Saidatina Khadijah r.a sakit tenat. Bila mana selesai, baginda pulang menemui Khadijah, lantas menangis melihatkan keadaan Khadijah sedemikian; tidak
mempunyai alas selimut yang mencukupi untuk menutupi badannya. Dari seorang
wanita yang sangat kaya raya namun dipenghujung usianya adalah sebaliknya lalu Saidatina Khadijah r.a berkata "aku sudah berkorban harta untuk Islam
namun aku belum lagi berkorban diriku untuk Islam. Ya Rasul Allah, setelah
kewafatanku nanti, gunakanlah tulang belulangku untuk Islam".
"Tersedu sebentar + Mata berkaca"
Saudara ku sekalian, bagaimana tahap pengorbanan kita untuk Islam saat
ini? Jauh sekali jurang kualiti pengorbanan para sahabat berbanding dengan kita
namun itu seharusnya menjadi pelonjak semangat bagi kita semua mencontohi
mereka.
Nah barangkali mungkin kita melihat satu sosok tubuh yang awal hariannya
bangkit jam 5 pagi berqiam, sebelum subuh sudah di saf masjid, menunaikan sunat
dhuha sebelum bermula kerja, berjalan tergesa agar sempat berada di saf pertama
waktu zuhur, membentangkan sejadah dikala asar tiba, hanya sempat 15 minit
makan bersama keluarga sebelum ke masjid untuk maghrib, menghabiskan pembacaan
untuk usrah ketika sela waktu sebelum isyak dan terus berusrah/mesyuarat/dnt
dan pulang berehat jam 1 pagi setiap hari adalah insan yang rugi kerana tidak
menikmati nikmat dunia sebaiknya hatta masa bersama keluarga!. (ini mungkin
persepsi orang di luar sana, antum semua inshallah tak tergolong). Ini semua
tidak lain kerana rindu dan ghairah pada janji Allah buat orang yang berjuang
mensyariatkan suruhannya di serata muka bumi.
Bilal bin Rabbah ketika ditanya saat paling manis dalam hidupnya, beliau
lantas menjawab "ketika mana aku diseksa dipadang pasir ditengah panas
terik" (kisah famous).
Hanya orang yang berkorban sahaja yang dapat merasai kemanisan. Hatta anak kecil sendiri tidak akan bosan dan berhenti menghisap gula-gula di tangannya selagi mana ianya belum habis. Seorang dai'e tidak akan berhenti berdakwah selagi mana manisnya belum habis dan nyawanya berhenti.
Hasil Nukilan,
Amir Farid Sabuddin
No comments:
Post a Comment