Ramadhan bakal menjenguk kita atau kita yang akan
bertemu Ramadhan?
Barangkali ada yang membalas, ianya lebih kurang sama, cuma susunatur ayat yang diubah. Baik saya setuju dengan semua pandangan namun biarkan saya mengutarakan beberapa nilai yang mungkin boleh difikirkan semula dalam konteks ayat penyata di atas.
Ramadhan bakal menjenguk kita berarti
seseorang itu hanya perlu menunggu masa sehinggalah dia bertemu dengan bulan
Ramadhan, ya sama seperti dia masuk ke bulan Januari, Februari, Mac dan
seterusnya. Setiap kali masuk bulan baru kebanyakkan dari kita akan berkata
"aduh cepat sekali masa berlalu, dah masuk bulan baru.." Mengeluh... Mengaduh.. banyak kerja tidak siap, umur semakin tua dengan banyak
matlamat hidup belum dicapai. Kurang rasa "bersyukur" disitu. Tidak
perlu mempersiapkan diri, tiada puasa...tiada jaga mata...tiada baca
al-Quran....tiadaaaaa....
Kita yang akan bertemu Ramadhan pula memberi satu gambaran harapan, cita-cita dan impian yang menggunung tinggi. Seringkali kedengaran doa agar diberkati bulan Rejab wa Syaaban dan sampaikan kami ke dalam Ramadhan diibacakan oleh imam mesjid, dibaca bersungguh-sungguh dengan hajat dapatlah merasai kelazatan beribadah di bulan penuh barakah ini. Pesta pra-ramadhan sudah bermula, al-Quran berhabuk diselak semula...puasa isnin & khamis bermula semula...qiam berdikit-dikit bertambah jumlahnya walaupun seringkali terbabas ke subuh, tidak mengapa...yang penting si hamba begitu teruja dan mempersiapkan diri dalam misi bertemu bulan yang digilai semua umat Islam sedunia!

Inshallah ada beberapa hari untuk panaskan enjin dan jangan lupa untuk terus pecut
bila sampai ke garisan permulaan nanti ye!
Hasil Nukilan,
Amir Farid Sabuddin
No comments:
Post a Comment